Hoki

KHM anjur Kejohanan Hoki 5’s Kebangsaan


Hasnizam (lima, kiri) bersama AJK Hoki 5’s yang bakal diadakan buat kali pertama.

KONFEDERASI Hoki Malaysia (KHM) bakal menganjurkan Kejohanan Hoki 5’s Kebangsaan yang akan disertai 14 pasukan negeri bermula 2 hingga 6 Mac 2022 nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Hoki dan Prestasi Tinggi, Hasnizam Hassan berkata, Kejohanan Hoki 5’s Kebangsaan akan melibatkan pemain yang berusia di bawah 23 tahun dan sasaran penganjuran kejohanan adalah untuk mengkomersilkan sukan ini diperingkat akar umbi.

“Objektif penganjuran kejohanan ini adalah untuk memperkenalkan Sukan Hoki 5’s diperingkat akar umbi dan untuk membentuk satu pasukan yang akan ke Lausanne, Switzerland bagi menyertai kejohanan jemputan yang dianjurkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

“Kejohanan jemputan di Lausanne, Switzerland itu akan berlangsung pada 4 dan 5 Jun 2022, dan Malaysia antara lima negara yang dijemput berdasarkan prestasi yang ditunjukkan ketika Sukan Olimpik Remaja 2018.

“Tujuan kami meletakkan syarat penyertaan di bawah 23 tahun bagi Kejohanan Hoki 5’s adalah selepas melihat kejayaan Malaysia muncul selaku pemenang pingat emas di Sukan Olimpik Remaja 2018 di Argentina, jawatankuasa kami merasakan sesuatu perlu dilakukan kerana Malaysia membawa satu gelaran yang cukup besar selepas kejohanan tersebut.

“Penganjuran kejohanan-kejohanan seperti ini penting untuk kami terus mencungkil bakat-bakat baru dalam Sukan Hoki 5’s dan jawatankuasa kami juga mempunyai perancangan untuk menganjurkan lebih banyak kejohanan selepas ini yang mensasarkan penglibatan pemain di
peringkat akar umbi,” ujarnya selepas mesyuarat Jawatankuasa Hoki dan Prestasi Tinggi kali ketujuh.

Buat pertama kali, Kejohanan Hoki 5’s Kebangsaan bakal dianjurkan oleh dan perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hoki dan Prestasi Tinggi, En.Hasnizam Hassan, selepas tamat mesyuarat Jawatankuasa Hoki dan Prestasi Tinggi kali ketujuh yang berlangsung hari ini.

Pada masa sama, Hasnizam berharap penganjuran kali pertama kejohanan ini dapat membentuk satu budaya Sukan Hoki 5’s di peringkat akar umbi terutamanya dapat memperkenalkan sukan ini kepada sekolah-sekolah.

“Kami lihat banyak sekolah-sekolah tidak dapat menjalankan aktiviti hoki kerana kekangan padang dan sebagainya kerana permainan hoki padang memerlukan ruang yang lebih besar. Tetapi dengan Hoki 5’s, walaupun tiada padang yang luas, ianya masih tetap boleh
dimainkan,” katanya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: