Hoki

SSTMI Thunderbolts kekalkan kejuaraan


JUARA bertahan SSTMI Thunderbolts mempertahankan kejuaraan Piala TNB Liga Hoki Remaja Malaysian (TNB MJHL) 2021 selepas mengetepikan BJSS Thunderbolts 4-1 pada pertembungan final di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Kejayaan meraih kejuraan dengan jaringan besar itu juga hadir sebagai penebus maruah buat SSTMI Thunderbolts selepas tewas di tangan juara liga, BJSS Thunderbolts pada saingan Liga Divisyen 1 sebelum ini.

Diperkuat dengan barisan tujuh pemain kebangsaan, SSTMI Thunderbolts turun sebagai pilihan utama manakala BJSS Thunderbolts, yang dibarisi rata-rata pemain muda di bawah 17 tahun, bergantung kepada corak permainan pantas untuk melakukan kejutan.

BJSS Thunderbolts bagaimanapun mengejutkan SSTMI Thunderbolts menerusi jaringan awal pada minit ke-4 apabila ketua pasukan, Wan Muhammad Najmie Ahmad Dzaib merobek gawang SSTMI Thunderbolts menerusi gerakan dari sebelah kanan.

Namun dua jaringan berturut-turut yang disempurnakan ketua pasukan Saiful Sharil Saiful Bahri menerusi pukulan sudut penalti dalam tempoh tiga minit pada minit ke-7 dan ke-10 mengembalikan keyakinan SSTMI Thunderbolts untuk menguasai permainan.

Dengan kelebihan jaringan 2-1 pada separuh masa pertama, SSTMI Thunderbolts terus meningkatkan tempo permainan dan bergerak aggresif dengan menggunakan segala pengalaman untuk mengekang BJSS Thunderbolts dari bangkit menjaringkan gol.

Jaringan pemain kebangsaan Muhammad Muhibuddin  Moharam (minit ke-36) diikuti seminit kemudian oleh Syaman Mat Tee (minit ke-37) akhirnya menutup apa juga harapan yang dimiliki BJSS Thunderbolts untuk menyaingi SSTMI Thunderbolts yang semakin yakin dan menguasai rentak permainan.

Sementara itu, dua gol jaringan Muhammad Noor Firdaus Rosdi pada minit ke 34 dan 49 membantu AHP-SSP-MSP Thunderbolts menewaskan SMKDBL-PHJ-MSNJ 2-1 untuk meraih kedudukan ketiga.

SENARAI PEMENANG LIGA DAN PIALA TNBMJHL 2021:

Piala TNBMJHL 2021

Johan:                                    SSTMI Thunderbolts

Naib Johan:                          BJSS Thunderbolts

Ketiga:                                   AHP-SSP-MSP Thunderbolts

Pemain Terbaik Final:       Saiful Sharil Saiful Bahri (SSTMI Thunderbolts)

Penjaring Terbanyak:       Muhammad Salman Sudirman (MSNS/PHS) 16 gol

Anugerah Fair Play:           SSTMI Juniors

 

Liga Divisyen 1:

Johan: BJSS Thunderbolts

Naib Johan: AHP-SSP-MSP Thunderbolts

Tempat Ketiga: SSTMI Thunderbolts

 

Liga Divisyen 2:

Johan: MSNS/PHS

Naib Johan:  Kedah Eagle Jr

Tempat Ketiga: MSSPP-PSHA


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: