Lain-Lain

MPFL 2022 : KL City FC bangkit tewaskan Terengganu


Oleh : SUBKHI SUDARJI / KHAIRUL AKMA

KUALA LUMPUR City FC (KL City FC) mempamerkan semangat luar biasa apabila bangkit dari ketinggalan tiga gol untuk mengatasi Terengganu 4-3 pada saingan Liga Futsal Premier Malaysia yang berlangsung di Stadium Panasonic, Shah Alam sebentar tadi.

Ketinggalan satu gol pada babak pertama sebelum lawan menambah kelebihan dengan dua gol pagi pada awal separuh masa kedua nyata tidak melunturkan anak didik, Jerry Dinesh Pereira untuk meraih kemenangan pada aksi sulung.

Ujarnya, semangat berjuang dipamerkan pemain selepas mengharungi musim yang teruk nyata yang mengejutkan kami semua.

“Musim lalu kami menamatkan saingan ditangga terbawah, kami belajar dari pengalaman, kalau tengok pada penguasan permainan menang jelas milik kami walaupun ketinggalan tiga gol.

“Untuk kali ini pemain muda diberikan lebih peluang dan mereka membuktikannya, apabila kita bolos hasil kesilapan sendiri saya bagitahu pemain untuk terus yakin.

“Gol pertama yang diperolehi menyuntik semangat pemain yang seterusnya mempamerkan aksi luar biasa untuk memenangi perlawanan,” jelanya ditemui media selepas perlawanan.

Sementara itu, bagi jurulatih Terengganu, Shafily Jusoh pula melihat faktor kecergasan pemain memberi kesan pada pasukan.

“Pemain sedikit keletihan tetapi itu bukan alasan utama, kami juga hilang fokus apabila lawan menjaringkan gol pertama sebelum gol kedua terhasil selang seminit kemudian,” tegasnya.

Pada aksi yang berlangsung sebentar tadi,  Terengganu terlebih dahulu menegaskan gawang gol hasil jaringan Syed Shahrul Niezam (m-7), Amirrul Izzad Adang (m-21) dan Fitrah Mohamad (m-23).

Namun KL City bangkit menjaringkan empat gol pada separuh masa kedua menerusi Dinesh Kumar (m-26) dan ledakan hatrik Akram Mukhriz Muhamadiah(m- 27,32 dan 38).

Dalam perlawanan yang berlangsung sebelah pagi pula, Kedah dan TRW Kelantan FC mencatatkan keputusan seri 3-3.

Gol Kedah dijaringkan Fakhrul Islam Anizam (m-11), Hafizi Marzuki (M-14) dan jeringan gol sendiri pemain Kelanta, Aqim Salihuddin (GS) 30.

Kelantan pula memperolehi gol menerusi Nur Luqman Yaakob Tan (m-16, Ikmal Hisham Saufian (m-16) dan Firdaus Amzar Ismail (m-35)


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: