Lain-Lain

KBS nafi dakwaan pinggirkan Lee Peng


Lian Ker (kiri) bersama Noorul Arifin (dua,kanan) mengadakan pertemuan ringkas dengan Lee Peng dan rakannya di Bukit Bintang, sebentar tadi.

Oleh : SUBKHI SUDARJI / KHAIRUL AKMA

KEMENTERIAN Belia dań Sukan (KBS) menafikan dakwaan meminggirkan serta gagal memberikan bantuan sewajarnya kepada bekas atlet renang Para negara, Koh Lee Peng sehingga terpaksa menjual tisu di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Timbalan Menterinya,  Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, pemenang tujuh pingat emas dan tiga perak di Sukan Para ASEAN dari 2001 hingga 2005 sudah menerima pelbagai sumbangan termasuk peluang menyertai kursus kemahiran di bawah Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dari 2019 lagi.

Jelasnya, apa yang dilakukan oleh Lee Peng ketika ini adalah kemahuan dirinya sendiri dan tidak mengharapkan simpati dari orang ramai.

“Kita ada bagi peluang dan tawaran kepadanya sebelum ini menerusi YAKEB namun dia memilih untuk berdikari sendiri bersama rakannya yang juga merupakan OKU.

“Mereka berdua juga memiliki syarikat berdaftar dan turut membantu lapan lagi OKU dibawahnya, jadi untuk mengatakan Kerajaan tidak menolong dan mengambil berat mengenai dirinya adalah tidak benar sama sekali,” jelasnya yang mengadakan pertemuan dengan Lee Pang dan Andrew (kawan) di Bukit Bintang, sebentar tadi.

Turut hadir sama Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed.

Lian Ker turut memaklumkan,  Lee Peng sebenarnya sudah menjalankan perniagaan menjual tisu di negeri kelahirannya iaitu Pulau Pinang dan kehadirannya ke Kuala Lumpur bertujuan mengikuti rakannya (Andrew) yang mengikuti kursus membuat kuih.

“Jadi dalam tempoh berkenaan dia mengambil peluang menjual tisu berkenaan dan sementara menanti rakannya itu tamat menjalani kursus Coway.

“Bila isu ini diviralkan dia (Lee Peng) tidak gembira dengan situasi ini dan mengharapkan orang ramai menghormatinya,.

“Saya difahamkan mereka berdua akan pulang ke Pulau Pinang esok selepas segala urusan rakannya di Kuala Lumpur selesai,” katanya.

Kisah Lee Peng kembali menjadi bualan apabila seorang pengguna laman sosial Twitter memuatnaik rentetan pertemuannya dengan pemenang tujuh pingat emas dan tiga perak di Sukan Para ASEAN dari 2001 hingga 2005 itu di Bukit Bintang, baru-baru ini.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: