Lain-Lain

Lee Peng kesal kisah kehidupannya diputar belitkan


Lee Peng menjelaskan berniaga adalah keputusan dirinya sendiri selain selesa dengan apa yang dilakukannya ketika ini.

Oleh : SUBKHI SUDARJI / KHAIRUL AKMA

BEKAS atlet renang para negara, Koh Lee Peng kesal dengan individu yang memutarbelitkan kisah kehidupannya yang menjual tisu untuk menyara kehidupan hingga mengundangkan persepsi negatif.

Tegas atlet kelahiran Pulau Pinang ini, dia ternyata tidak tahu dan keliru mengenai dakwaan kononnya dirinya yang merupakan bekas atlet kebangsaan tidak menerima bantuan.

“Saya tidak puas hati bila masuk berita mangenai diri saya yang bukan-bukan (tidak benar), sebelum bercakap (heboh) tanya dahulu dan kalau tak nak bantu duduk diam-diam.

“Ada pihak yang bantu saya, bukannya tidak mendapat bantuan tetapi sampai bila saya hendak mengharapkan bantuan dari mereka, mungkin satu hari nanti bantuan berkenaan sudah tiada.

“Jadi saya kena lakukan sendiri juga,” jelasnya pada media ketika menerima kehadiran Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker dan Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed, sebentar tadi.

Pemenang tujuh pingat emas dan tiga perak di Sukan Para ASEAN dari 2001 hingga 2005 itu juga mahu masyarakat menghormati pendirian dan keputusannya serta memberi peluang untuk dirinya menjalankan perniagaan.

“Sebelum ini saya juga pernah kerja kilang di Pulau Pinang namun saya dah jemu dań tak boleh bekerja dengan orang jadi saya memilih untuk bekerja sendiri.

“Walaupun letih dan susah tetapi saya puas,” yang mengharapkan masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak sepatutnya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: