Lain-Lain

Komanwel 2022 : Malaysia hantar 140 atlet


Norza (dua,kiri) bersama Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, David Thomas pada pelancaran Larian Baton Ratu Sukan Komanwel Birmingham 2022, hari ini.

Oleh : SUBKHI SUDARJI / KHAIRUL AKMA

PRESIDEN Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria memaklumkan Malaysia bakal menghantar kira-kira 140 atlet ke temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang dijadual berlangsung pada 28 Julai hingga 8 Ogos nanti.

Ujaarnya, Malaysia diperuntukkan dengan kuota 92 tempat manakala selebihnya adalah berdasarkan kelayakan mengikut merit.

“Kita juga mendapat dua slot tambahan untuk atlet terjun negara Jellson Jabillin dan Nur Dhabitah Sabri manakala pasukan ragbi tujuh sepasukan (7’s) dan dua atlet angkat berat – Muhamad Aznil Bidin (61kg) dan Mohamad Aniq Kasdan (55 kg) – sudahpun layak.

“Kita berharap ramai lagi atlet yang akan layak menerusi program kelayakan masing-masing, contohnya ping pong, hoki dan bola tampar pantai,” katanya pada sidang media pelancaran Larian Baton Ratu Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Mohamad Norza berkata kontinjen Malaysia kali ini sedikit berkurangan berbanding purata 170 orang sebelum ini, memandangkan tuan rumah mengurangkan jumlah acara dipertandingkan termasuk mengenepikan acara menembak dan memanah.

Beliau berkata maklumat terperinci mengenai Sukan Komanwel, terutama berkaitan garis panduan dan protokol COVID-19, akan dimaklumkan selepas mesyuarat pertama ketua kontinjen (CDM) yang diadakan secara maya pada 24-27 Jan. Delegasi Malaysia diketuai oleh CDM Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Baton berkenaan yang menjelajah sejauh 140,000 kilometer memulakan jelajah di London pada 7 Oktober dan sudah mengembara ke negara seperti Malta, Nigeria, Afrika Selatan, India dan Singapura sebelum tiba di Malaysia melalui kiriman Pos Malaysia.

Setelah menjelajah ke beberapa tempat di Malaysia hingga 24 Jan ini, baton berkenaan akan meneruskan perjalanan ke Brunei.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: