Lain-Lain

RTM penyiar rasmi Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022


PEMINAT sukan tanah air berpeluang mengikuti detik-detik menarik Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 bermula 4 hingga 20 Februari ini menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menjadi penyiar rasmi temasya ini.

Menurut kenyataan, RTM akan membawa siaran langsung upacara perasmian pada 4 Februari di saluran TV2 dan Sukan RTM serta saluran 111 Myfreeview dan menerusi laman sesawang rtmklik.rtm.gov.my pada pukul 7.55 malam.

Penonton juga dapat mengikuti laporan harian Beijing 2022 yang disiarkan dalam tiga sesi setiap hari menerusi saluran Sukan RTM bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari, 2-5 petang dan 8-10 malam, manakala rangkuman harian pada pukul 8 pagi dan 11 malam.

Malaysia diwakili dua atlet luncur salji alpine – Jeffrey Webb, 23, dalam kategori slalom lelaki dan Aruwin Idami Salehhuddin, 17, dalam kategori slalom dan giant slalom wanita – pada temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: