AYAH kepada jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni, Awang Embong dilaporkan meninggal dunia pagi Isnin di Dungun Terengganu.
Berita sedih itu dikongsi sendiri oleh Azizulhasni di laman sosialnya.
“Untuk makluman, ayah saya Awang Bin Embong telah pulang ke Rahmatullah awal pagi tadi.
Semoga Ayah diampunkan segala dosanya, diterima segala amal ibadatnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Allaahummaghfir lahu warham hu wa’aafi hii wa’fu anhu
“Ya Allah! Ampunilah almarhum (Awang Bin Embong),berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.” ujarnya.
Semoga Azizulhasni dan keluarga tabah atas pemergian insan yang tersayang.
Add Comment