Bola Sepak

Liga M 2022 : Larangan perpindahan dan pemotongan mata menanti MUFC dan SUFC


 

Oleh : SUBKHI SUDARJI

MELAKA United dan Sarawak United berdepan kemungkinan dilarang melakukan urusan perpindahan pemain dan dipotong mata sekiranya gagal melunaskan isu tunggakan gaji pemain.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam berkata, kedua-dua kelab itu diberi tempoh sehingga 31 Januari ini untuk menyerahkan bukti pembayaran gaji atau persetujuan bersama pemain.

“Daripada 22 pasukan yang bertanding, hanya tiga pasukan yang mempunyai hutang pada hujung tahun iaitu Perak, Sarawak United dan Melaka United.

“Untuk pasukan Perak, mereka ada pengurusan baharu dan saya sudah berhubung dengan CEO kelab. Mereka melakukan tugas yang baik dalam proses pengambilalihan dan juga menyelesaikan masalah hutang dengan profesional.

“Melaka United dan Sarawak United pula, kami beri dua jalan penyelesaian iaitu sama ada serahkan resit bayaran atau persetujuan bersama pemain,” katanya.

Beliau berkata, jika kedua-dua kelab itu gagal menyerahkan salah satu dokumen berkenaan pada tarikh yang ditetapkan, larangan perpindahan pemain akan dilaksanakan serta merta pada 1 Februari 2022.

Tambahnya, selepas 14 hari dari tarikh berkenaan, tindakan memotong mata pula akan diambil oleh MFL.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d