Antarabangsa

45 pemain Laos dilarang bermain bola sepak seumur hidup


Kanya Keomany

Oleh: AMMAR HAZIQ

SERAMAI 45 pemain bolasepak di Laos diharamkan oleh FIFA untuk bermain bola sepak secara profesional seumur hidup selepas didapati mengatur perlawanan antarabangsa sejak beberapa perlawanan lalu.

Setiausaha Agung Persekutuan Bolasepak Laos (LFF), Kanya Keomany berkata, siasatan tersebut telah dilakukan sejak beberapa tahun terakhir di mana mereka menyiasat pertandingan dalam saingan peringkat antarabangsa termasuk peringkat nasional.

Dia mengesahkan perkara tersebut pada sebuah sidang media di di Stadium Nasional, Vientiane baru-baru ini, menurut sumber Ballthai.

“FIFA melarang seramai 45 pemain bola sepak lelaki setakat ini dilarang untuk terlibat dalam aktiviti bola sepak seumur hidup disebabkan oleh terlibat dengan pengaturan perlawanan. “Mereka telahpun menjalankan siasatan sejak beberapa tahun terakhir ini,” kata Keomany.

 

Dalam tempoh beberapa tahun sebelum ini, pemain dari negara tersebut turut terpalit dengan skandal sama apabila 22 pemain dan pegawai Laos dan juga Kemboja telah digantung oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) kerana bersalah mengatur perlawanan pada 2017.

Mereka telah terlibat dalam skandal atur perlawanan melibatkan pasukan dari Laos termasuk sebuah kelab iaitu Lao Toyota FC.

Perkara itu didedahkan oleh SFC selepas mendapat bantuan Sportradar dan juga Unit Intergriti FIFA yang melakukan siasatan ini sejak 2014.

Pada 2020 pula, AFC mengantung seorang lagi pemain Laos seumur hidup kerana bersalah mengatur perlawanan.
Pemain tersebut didapati bersalah atas ‘konspirasi untuk memanipulasi’ keputusan perlawanan persahabatan antara Hong Kong dan Laos pada Oktober 2017.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: