Bola Sepak

Liga M 2022 : Forestieri semakin hampir sertai JDT ?


Fernando Forestieri

BEKAS  penyerang Udinese, Fernando Forestieri kini semakin hampir beraksi  dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) 2022.

Ini berikutan khabar angin mengenai pemain berusia 31 tahun itu bertiup kencang selepas sebuah portal bola sepak di United Kingdom (UK), The Star mendakwa penyerang berkenaan akan berhijrah ke Liga M.

Portal terbabit mendakwa Johor Darul Ta’zim (JDT) dipercayai menawarkan peluang baharu buat penyerang yang pernah beraksi bersama skuad muda Itali itu dan difahamkan rundingan ketika ini sedang memasuki peringkat awal namun Harimau Selatan dikatakan yakin dapat mengikat pemain itu.

Untuk rekod, Forestieri adalah rakan sepasukan Manuel Hidalgo di Sheffield Wednesday sebelum ini dimana Hidalgo sudah pun menyertai Liga M bersama Sri Pahang FC, musim lalu.

Selain beraksi bersama Udinese dan Sheffield Wednesday, Forestieri kebanyakannya beraksi di Itali bersama Genoa, Siena, Vicenza, Empoli dan Bari.

Perkembangan ini juga semakin mengesahkan bayangan yang diberikan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang akan ‘memancing’ pemain dari Serie A selepas Bergson mengatakan dia kesunyian di bahagian hadapan.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: