Bola Sepak

Pemain import dari tiga negara dalam radar KDA FC


Khamal Idris Ali

SETELAH memastikan Jang Suk-won dari Korea Selatan dan Desi Marcel NGuessan dari Ivory Coast kemas ‘diikat’, kini Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bakal mendapatkan khidmat baki tiga pemain importnya dalam masa terdekat.

Hala tujuan KDA FC musim ini adalah pemain dari negara Nigeria, Croatia serta Sepanyol menjadi pilihan mereka dan kini hanya menunggu ujian kesihatan tiga pemain ini sebelum diumumkan sebagai pemain import pasukan Kedah musim 2022.

Selepas Olubunmi Adigun dan Peter Niketen dari Nigeria berjaya memastikan pasukan Kedah menjuarai Liga dan Piala Malaysia musim 1993 di bawah pengendalian Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil kini pasukan Hijau Kuning kembali mendapatkan pemain dari negara tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KDAFC, Khamal Idris Ali, barisan pemain tempatan sudah hampir lengkap dan bekas penyerang pasukan Kedah Syafiq juga sah menyarung jersi Hijau Kuning musim ini.

“Tiga pemain import baharu kita dari Nigeria, Croatia dan Sepanyol kini hanya menunggu pengesahan ujian kesihatan mereka daripada pegawai kesihatan sebelum diumumkan sebagai pemain Kedah musim ini.

“Kami tidak mahu terburu membuat keputusan dan mahu memastikan pemain bakal diserapkan bersama pasukan Kedah musim betul-betul dapat memberi manfaat kepada pasukan Kedah.

“Pasukan Kedah akan memulakan latihan mereka pada 4 Januari dengan tertumpu kepada latihan gimnasium dan selepas itu baharulah akan turun ke padang,” tambah Khamal.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: