Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Kami bertahan dan menyerang sebagai satu pasukan – Polking


Oleh : SUBKHI SUDARJI

KEJAYAAN Thailand mengekang asakan Vietnam pada separuh akhir kedua yang membawa keputusan seri tanpa jaringan dan seterusnya melayakkan aksi dipentas akhir Piala AFF 2020 membuktikan tahap kerjasama berpasukan yang berjaya diterapkan Gajah Perang.

Pengendalinya, Alexandre Polking berkata, lawan hanya mampu melakukan beberapa percubaan tepat ke gawang yang memberikan tekanan kepada juara bertahan itu.

“Saya amat berbangga dengan usaha yang dilakukan pemain secara bertahan, terutamanya pada separuh masa kedua, ia adalah persembahan yang menakjubkan.

“Ia menunjukkan semangat berpasukan yang luar biasa seperti cara para pemain berjuang untuk satu sama lain, berdiri bersama dan mengendalikan tekanan bola yang berterusan  dari Vietnam.

“Saya tidak pernah fikir akan mengatakan bahawa saya sangat berbangga dengan usaha bertahan dan sudah tentu kami perlu lebih baik dengan bola yang akhirnya kami bertahan dałam kelas tersendiri,” ujarnya.

Pada aksi kedua yang berlangsung malam tadi, Vietnam melancarkan serangan bertali arus ke kubu gawang Thailand seawal minit pertama namun kekentalan benteng serta semangat berpasukan dipamerkan pemain memastikan gawang mereka tidak dibolosi sehinggalah tamat masa sebenar perlawanan.

Thailand bakal membuat pertembungan di pentas final menentang Indonesia pada 29 Disember untuk aksi pertama sebelum timbal balik selang tiga hari kemudian.

 

 

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: