Badminton

Serdang BC laung amaran awal


Aksi beregu campuran Serdang BC, Kashley Kho Tze Yin-Yap Qar Siong.

SAINGAN Top Glove Purple League Pro-Am 2021 membuka tirainya pada hari ini dengan menyaksikan Serdang BC laung amaran awal selepas mencatatkan kemenangan bergaya ke atas Bangi City BC 13-4 dalam perlawanan pembukaan kumpulan A, semalam.

Serdang BC bermula dengan langkah kanan menerusi kemenangan pasangan beregu campuran Kashley Kho Tze Yin-Yap Qar Siong yang menundukkan Mohamad Najmi Kamarudin-Siti Farhana Nabilah 10-11, 11-8, 11-8, 11-8 pada perlawanan pertama.

Ia disusuli dengan kemenangan meyakinkan pemain perseorangan mereka, Too Ming Yap ke atas Muhammad Affan 11-6, 11-5 dan 11-9 dalam masa 27 minit.

Bangi City BC kemudian menunjukkan tanda-tanda kebangkitan apabila perseorangan wanita mereka, Nurul Aisyah Ahmad menewaskan Teh Won Quin 6-11, 11-9, 11-8, 11-4.

Walaubagaimanapun, momentum kemenangan Bangi City BC terhenti apabila pasangan beregu lelaki mereka Fawwaz Zainuddin-Muhammad Aizat tewas ‘straight set’ kepada gandingan Boon Xin Yuan-Wong Tien Ci sebelum beregu wanita Serdang BC, Lee Shirley-Lee Zhi Qing bangkit menyumbang mata buat Serdang BC apabila mengecewakan gandingan Ariessa Sofea Azhar-Fairuz Fadlin Fadzal juga dengan keputusan ‘straight set’.

Dalam pada itu, pilihan utama kejohanan Butterworth BC terpaksa bermandi peluh apabila diberi tentangan sengit oleh DSBC Labuan dengan hanya sekadar menang 11-9.

Goh Jin Wei membuat kejutan apabila beraksi di dalam kategori beregu campuran.

Bekas juara dunia remaja, Goh Jin Wei membuat kejutan apabila beraksi di dalam kategori beregu campuran. Walaubagaimanapun, Jin
Wei yang digandingkan bersama Ching Choo Han dikejutkan oleh pasangan beregu campuran DSBC Labuan, Fong Kuo Yoong-Goh Shuen Tong dengan keputusan 11-9, 6-11, 11-10, 7-11, dan 11-8.

Sementara itu, turut mencuri tumpuan ialah Ampang Jaya BC dan Bandar Maharani BC apabila mereka berjaya menumpaskan lawan masing-masing pada perlawanan sebelah petang.

Turun selaku pilihan kedua, Ampang Jaya BC menewaskan Jinjang BC 12-6 manakala Bandar Maharani BC mencipta sensasi


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d