
PEMAIN badminton perseorangan Singapura Loh Kean Yew merangkul gelaran juara Kejohanan Badminton Dunia di Huelva, Sepanyol.
Kean Yew,24, menewaskan pemain di ranking ke-14 dunia dari India Srikanth Kidambi 21-15, 22-20 sekaligus merangkul trofi juara dunia buat kali pertama untuk Singapura.
Kean Yew yang kini di ranking ke-22 dunia dilahirkan di Pulau Pinang dan bergelar atlet negeri itu, namun pada usia 13 tahun dia mendapat biasiswa daripada Persatuan Badminton Singapura (SBA) dan terus meneruskan persekolahannya di sana.
Sebelum ini dia pernah mendedahkan tidak menyesal dengan keputusannya kerana Singapura memberi dan menyokong segala keperluannya.
Sebagai rekod, Singapura menjadi negara ketiga Asia Tenggara menjuarai kejohanan dunia selepas Indonesia dan Thailand.
Add Comment