
Oleh: SURYATI MOHD NOR
“DIA sudah cuba maksimum,” ujar jurulatih perseorangan badminton negara, Hendrawan.
Pada aksi suku akhir Kejohanan Badminton Dunia semalam (Jumaat), Lee Zii Jia terpaksa menarik diri dalam set ketiga perlawanan suku akhir menentang Anders Antonsen di Huelva, Sepanyol berikutan lepuh pada kaki kanannya semakin serius.
“Selepas main dengan Vittinghus, kaki blister sampai berdarah.
“Sudah buat treatment, pagi tadi (Jumaat) tengok Zii Jia cakap masih sakit. Selepas itu cuba buat taping and wrapping supaya boleh kurangkan sakit.
“Pada set pertama masih boleh paksa, set kedua set sudah tak boleh. Selepas itu nampak keluar darah lagi, maka minta doktor tambah taping lagi, tetapi masih sakit…. sudah try maximum,” jelasnya.

Zii Jia yang merupakan pemain pilihan keenam mempamerkan aksi kelas tersendiri dan menundukkan pemain nombor tiga dari Denmark 21-12 dalam set pertama tetapi lepuh pada kaki kanannya menjejaskan rentak permainan di pertengahan set kedua dan tewas 8-21.
Namun akhirnya dia terpaksa akur dengan kesakitan yang menyebabkanb Zii Jia menarik diri ketika itu kedudukan 1-11.
Add Comment