Komentar Komuniti

Rakyat jadi ‘satu’ harungi bersama bencana banjir


Oleh : MOHD FARIQ

TANGGAL 18 Disember lalu merupakan detik yang tidak akan dilupakan penduduk di Selangor, Pahang dan juga Negeri Sembilan apabila bencana banjir yang “hadir” menyebabkan beberapa kawasan tenggelam teruk.

Segalanya berlaku dengan pantas dan tanpa diduga baik penghuni mahupun pihak berkuasa tempatan walaupun pada awalnya beberapa amaran peringkat awal telah dikeluarkan.

Terpaksa menyelamatkan diri berlindung dari air yang memenuhi rumah dengan duduk diatas bumbung rumah sementara menanti bantuan penyelamat, kekurangan bekalan makanan selain kenderaan yang dipakirkan didepan rumah mula ditenggelami air, itulah perasaan dialami mangsa-mangsa banjir ketika itu.

Berada dalam persekitaran umpama pulau yang dipenuhi air banjir, mangsa-mangsa banjir hanya mampu berdoa dan berserah agar segala ujian dari Allah SWT akan berakhir.

Keprihatinan dan semangat kerjasama ditonjolkan rakyat Malaysia ketika ini mengatasi segala-galanya apabila tampa mengira kaum, bangsa dan agama mereka yang tidak terjejas dengan tragedi banjir ini tampil segera memberikan bantuan.

 

Penulis kagum dan terharu, tanpa memerluka pengiring, hebahan mahupun kawalan ketat, RAKYAT MALAYSIA tampil menghulurkan bantuan dari regi makanan dan juga kenderaan bagi mengeluarkan mangsa banjir yang terperangkap.

Antaranya operator sukan seperti  Klasiko Event Management dan Ciapan twitter Padang Bola Sepak yang banyak membantu menghebahkan serta mengelolakan bantuan kapada semua serta beberapa kelab lain serta beberapa kelab yang mungkin saya terlepas pandang, walaupun sebelum ini mereka terkesan mengharungi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namum tampil mengutip dana kewangan dan tenaga membantu mereka yang terkesan.

RAKYAT BEKERJA UNTUK RAKYAT itulah situasi ketika itu apabila maklumat disebarkan melalui media sosial, dengan segera bantuan tiba, umpama gendang dipalu semuanya bertindak…Inilah KEUNIKAN MALAYSIA yang memiliki semangat perpaduan pelbagai kaum.

Kini bencana banjir tersebut telah mula menampakkan situasi reda dan tumpuan pastinya kepada kerja-kerja pembersihan rumah-rumah mangsa banjir.

Foto: Bernama

Sekali lagi kita dengar dan lihat melalui media sosial, pelbagai pihak berganding bahu menghulurkan bantuan sama ada dari segi tenaga mahupun kewangan, semua ini adalah nilai murni dan semangat yang perlu diteruskan.

Bagi buat pemain bolasepak negara mahupun negeri serta atlet-atlet lain mungkin ini masa terbaik untuk turut tampil mengerakkan usaha membantu mereka yang terjejas dengan bencana tersebut kerana mereka jugalah yang menyokong karier anda. Kita perlu SATU HATI dałam situasi ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: