Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Filipina ketengahkan ubi muda pada aksi terakhir


Oleh : SUBKHI SUDARJI

FILIPINA sudah pun menamatkan buruan ke pentas separuh akhir Piala AFF 2020 di Singapura apabila gagal berada dikelompok dua teratas Kumpulan A.

Bakal bertembung pada aksi terakhir peringkat kumpulan di Stadium Bishan, menentang Myanmar malam ini penglibatan kedua-dua pasukan ini dilihat lebih kepada penyertaan pemain-pemain muda ke arah pembentukan skuad yang lebih mantap.

Filipina yang dibimbing Stewart Hall dilihat pasukan yang sukar ditewaskan baik Thailand mahupun Singapura apabila hanya tewas tipis 1-2 pada lawan masing-masing.

Bagi Hall kehilangan beberapa pemain utama dalam pembentukan skuad kali ini dilihat faktor utama namun pasukan tetap memberikan saingan yang sengit kepada lawan.

“Kami sangat kecewa dengan keputusan itu tetapi kami perlu meneruskan dan memastikan kejohanan berjalan dengan lancar.

“Jika keputusan terbaik yang kami boleh perolehi ialah dua kemenangan dan dua kekalahan maka itulah yang kami usahakan,” ujarnya.

Mengulas aksi terakhir malam ini, Hall membuat perubahan dengan Amani Aguinaldo a dan kapten, Stephan Schröck akan direhatkan.

“Kami mahu memberi peluang kepada beberapa pemain berbeza untuk menunjukkan apa yang mereka boleh lakukan, kami mempunyai lapan pemain B23 dalam skuad dan empat daripada mereka akan bermula esok,” tegasnya.

 

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: