
Oleh: SURYATI MOHD NOR
JURULATIH pasukan Indonesia Shin Tae-yong mendedahkan ‘rahsia’ kekuatan pasukannya ketika aksi seri tanpa jaringan ketika bertemu Vietnam dalam saingan Kumpulan B Piala AFF Suzuki pada Rabu.
Bekas pemain kebangsaan Korea Selatan berusia 52 tahun itu berkata, kunci utama untuk menyekat kemaaraan lawan yang dianggap pencabar utama saingan kumpulan adalah kekuatan mental.
Secara statistik, persembahan Vietnam jauh lebih baik berbanding skuad Garuda ini dari segi penguasaan bola, percubaan ke arah gol, ketepatan hantaran dan sepakan sudut.
“Saya tegaskan kepada pemain, secara mental bahawa kami lebih kuat. Dengan itu ia menjadikan motivasi tambahan kepada pemain,” jelasnya selepas perlawanan.
Pesanan Tae-yong itu disemat oleh pemain-pemainnya yang jelas dilihat bermain ‘bermati-matiannya’ ketika berdepan dengan ‘Naga Emas’ yang menyaksikan beberapa pertukaran dibuat oleh Park Hang-seo sehingga wisel akhir dibunyikan.

Apa yang menariknya di sini, nasihat Tae-yong itu mungkin mudah untuk diluahkan, namun ia sebenarnya sesuatu yang sukar dibuat oleh seseorang pemain.
Sebagai rekod, kali terakhir Indonesia menang ke atas Vietnam dalam kempen Piala AFF ini adalah pada tahun 2016 dengan keputusan 2-1.
Manakala dalam 10 pertemuan keseluruhannya saingan ini bermula 1996, Indonesia mencatat satu kalah (1996), 3 menang dan enam kali keputusan seri.








malaysia is the best …malaysia can defeat indon
[…] Piala AFF 2020: Tae-yong dedah rahsia besar ikat Vietnam — […]