EPL

Pemain dan staf Man United positif Covid-19, aksi bertemu Brentford ditunda


PERLAWANAN di antara Manchester United dan Brentford terpaksa ditunda berikutan penularan Covid-19.

Jawatankuasa Liga Perdana mengesahkan keputusan penundaan tersebut selepas United membuat permintaan tersebut kerana bimbang dengan penularan varian Omicron di kalangan pemain dan kakitangan kelab.

Malah aktiviti latihan bagi skuad utama di Carrington juga dibatalkan pada Isnin dan turut menghadkan pergerakan bagi mengurangkan risiko jangkitan selepas beberapa pemain dan staf diuji positif pada Ahad.

“Keputusan dibuat selepas nasihat daripada pasukan medikal dengan mengambil kira kemungkinan jangkitan berterusan dalam skuad Manchester United.

Pusat Latihan Carrington ditutup sementara berikutan penularan Covid-19.

“Kompleks Latihan Carrington ditutup hari ini bagi mengurangkan kadar jangkitan.

“Liga Perdana berharap pemain-pemain dan staf yang dijangkiti Covid-19 cepat sembuh.”

Penundaan perlawanan ini yang kedua selepas Tottenham dan Brighton pada Ahad disebabkan penularan Covid-19.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading