EPL

Rangnick lulus tugasan pertama


PENGENDALI Manchester United, Ralf Rangnick ternyata berpuas hati dengan corak permainan mengasak dan menyerang hingga menghadirkan kemenangan 1-0 mengatasi Crystal Palace, malam tadi.

Gol tunggal dan kemenangan tersebut dijaringan Fred pada minit ke 77 dalam aksi yang berbeza dipamerkan barisan pemain selepas Rangnick mengambil alih peranan.

Rangnick yang terkenal dengan falsafah ‘gegenpress’ dalam corak latihannya, memuji anak buahnya yang bakal ditukar menjadi ‘gergasi mengasak’.

“Saya amat gembira dengan cara pasukan bermain, terutama di setengah jam pertama, dengan cara mereka mengasak, ia luar biasa.

“Cara kami bertahan, kami mengawal keseluruhan permainan, tidak dibolosi adalah lebih penting. Ini antara perkara yang perlu diperbaiki. Kami perlu kekal tidak dibolosi,”

Man United kini di tangga keenam Liga Perdana Inggeris, tiga mata di belakang West Ham yang menghuni tangga keempat.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: