EPL

Kelab, Liga Perdana hilang sabar dengan pemain enggan ambil vaksin


Pasukan Manchester United berehat daripada latihan minggu ini berikutan kes positif di kalangan pemain dan staf.

BEBERAPA kelab Liga Perdana kini mencari jalan kemungkinan untuk memotong gaji pemain-pemain yang tidak mengambil vaksin dan memerlukan pengasingan.

Ia susulan pemain-pemain dalam empat top liga mencatatkan jumlah yang ramai terpaksa dikuarantin bulan ini selepas penyebaran varian Omicron sekaligus memaksa banyak perlawanan terpaksa ditunda dengan kes positif.

Bulan lalu kelab gergasi Jerman, Bayern Munich enggan membayar elaun latihan atau perlawanan kepada lima pemainnya selepas kontak rapat dengan individu posiif Covid-19.

Bayern Munich enggan membayar gaji Joshua Kimmchi (kanan) dan empat pemain lain gara-gara positif dan enggan vaksin.

Difahamkan beberapa kelab dan Liga Bolasepak sudah hilang sabar dengan ‘kedegilan’ pemain-pemain yang enggan mendapatkan vaksin dan kini cuba mencari jalan untuk tindakan undang-undang untuk mereka yang terbabit dengan kes positif tanpa vaksin.

Malah sebahagian pemain yang sudah menerima vaksin juga berasa tidak selamat berada di kalangan rakan-rakan mereka yang belum mengambil vaksin kerana risiko jangkitan.

Biarpun data vaksinasi dikalangan pemain-pemain Liga Perdana tidak didedahkan secara jelas, namun pada 19 Oktober lalu dilaporkan sebanyak 68 peratus pemain sudah divaksin.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mendedahkan 99 peratus pemain-pemain sudah mendapatkan vaksin yang sebelum ini ‘anti-vaksin’.

Leeds, Brentford dan Wolves menjadi kelab terawal Liga Perdana yang melengkapkan vaksin awal musim ini dengan tiga suntikan penuh.

Manakala, pemain Bayern Serge Gnaby, Joshua Kimmich, Jamal Musiala, Eric Maxim Choupo-Moting dan Michael Cuisance dilaporkan telah didenda kerana positif dan tidak vaksin, malah mereka turut dipersalahkan kerana menyebarkan virus tersebut.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading