KELAB Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sedang dalam rundingan untuk menandatangani seorang pemain tempatan dan empat pemain luar negara bagi musim 2022.
Pada masa sama JDT turut memaklumkan Hong Wan, bekas pemain Wolverhampton Wanderers telah menerima pasport Malaysia beliau dan akan memperkuatkan skuad JDT 2022.
Pengarah Sukan Kelab, Martin Prest berkata, satu pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.
“Kelab telah memutuskan untuk melepaskan Gonzalo Cabrera dan akan mengekalkan kesemua pemain luar negara yang lain dalam pasukan senior.
“Seorang daripada empat pemain luar negara baru akan digandingkan dengan Bergson manakala yang lain akan diserapkan ke JDT II untuk digunakan dalam sistem ‘rotation’,” ujarnya menerusi kenyataan yang disiarkan laman rasmi Johor Southern Tigers, sebentar tadi.
Tambahnya lagi, JDT turut akan meminjamkan Irfan Fazail dan Stuart Wilkins ke Sabah, Fadhli Shas dan Syazwan Andik ke Melaka United dan kini sedang berbincang dengan beberapa kelab untuk meminjamkan Syafiq Ahmad.
Add Comment