
Oleh : SUBKHI SUDARJI
JUARA bertahan, Vietnam memulakan perang psikologi terhadap Malaysia apabila mempersoalkan tindakan Harimau Malaya yang menukar pemain saingan Piala AFF 2020 sedang berlangsung di Singapura.
Ketua jurulatihnya, Park Hang-seo menyifatkan permohonan Malaysia untuk tukar pemain adalah tidak munasabah.
Park Hang-seo berpendapat ianya tindakan yang tidak masuk akal kerana setiap pasukan dibenarkan membawa 30 orang pemain sebagai langkah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan kekurangan pemain akibat dijangkiti COVID-19.
“Sejak dari awal lagi, penganjur kejohanan telah menetapkan satu peraturan yang jelas dan cara untuk mengendalikan pemain yang dijangkiti COVID-19. Peraturan membenarkan setiap pasukan membawa 30 orang pemain.
“Tidak munasabah mereka meminta untuk menambah atau menukar pemain ketika kejohanan sedang berlangsung. Sebelum ke Singapura, semua pasukan telah dimaklumkan mengenai situasi ini dan kami perlu lebih bersedia.
“Kalau Vietnam minta untuk tukar Hun Dung sebelum berlepas, ianya memang tidak dibenarkan. Oleh itu, saya fikir tidak masuk akal untuk menukar pemain sekarang ketika dua perlawanan sudah berlangsung. Ianya di luar pemahaman saya,” kata Park Hang-seo dalam sidang media hari ini.
Berdasarkan undang-undang pertandingan AFF, tiada sebarang penambahan pemain dibenarkan selepas tarikh tutup pendaftaran kecuali pertukaran pemain melibatkan posisi penjaga gol





Add Comment