Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Laos kutip pengalaman berharga dari Malaysia


Kesebelasan utama Laos yang diturunkan pada aksi menentang Malaysia, petang semalam.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENGENDALI Laos, V Selvaraj menyifatkan skuad bimbingannya mempelajari sesuatu pengalaman yang berharga menentang Malaysia pada aksi kedua Kumpulan B, Piala AFF 2020, semalam.

Menyifatkan skuadnya yang rata-rata dibarisi pemain muda, pengendali kelahiran Singapura itu tetap berbangga dengan usaha dipamerkan untuk bersaing dengan Malaysia.

“Kami bermula berbeza daripada perlawanan pertama dan sudah tentu pemain-ke-pemain Malaysia adalah tahap yang berbeza buat pasukan,  tetapi saya bangga dengan cara pemain yang berusaha memberikan cabaran kepada lawan.

“Pemain berjaya menyesuaikan diri dengan pendekatan yang diterapkan khususnya dari sei taktikal, ia satu perkembangan positif dalam pasukan.

“Ini adalah skuad yang sangat muda dan ia merupakan peluang yang baik untuk mereka jadi kami akan belajar dan berkembang daripada pengalaman ini,” jelasnya pada media selepas perlawanan yang memihak Malaysia mengatasi Laos, 4-0.

Kekalahan ditangan Malaysia ini meletakkan mereka ditangga tercorot selepas dua kekalahan dimana pada aksi pertama mereka tewas 0-2 kepada penyandang juara, Vietnam.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: