
Oleh : SUBKHI SUDARJI
PENGANALISIS bola sepak tempatan, Datuk Richard Scully menyifatkan hanya gol yang dijaringkan Guilherme De Paula akan mampu melenyapkan segala kritikan yang diterimanya.
Diletakkan sebagai penyerang dalam kesebelasan utama Harimau Malaya pada aksi pertama menentang Kemboja, Isnin lalu, pemain naturalisasi negara itu terus buntu menjaringkan gol malah sumbangannya kepada pasukan kurang memuaskan yang mendapat kritikan peminat.
Bagi Richard, perkara utama bagi memastikan cemuhan dan kritikan ini lenyap adalah jaringan gol dari bekas pemain Perak FC yang kini bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).
“Ubat segala cemuhan dan kritikan ialah dia (De Paula) menjaringkan gol, bila ini berlaku percayalah segala kritikan yang diterima akan lenyap dan hilang.
“Bila berada depan gol dan miliki peluang, jaringkanlah gol,” katanya ditemubual pada program CAKAP HARIMAU oleh Cakap Sukan.
De Paula, 34, menerima kecaman hebat selepas aksi hambar ditunjukkan dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Jun lalu dan telah menjaringkan dua gol dalam empat penampilannya iaitu satu gol masing-masing ketika perlawanan persahabatan menentang Kuwait dan Vietnam (kelayakan).
Dalam perkembangan sama, Richard yang merupakan bekas penjaga gol Negeri Sembilan 1991 berkata, kemenangan kedua perlu dicapai menentang Laos petang ini bagi mencerahkan slot ke pusingan separuh akhir.
“Perlu raih mata penuh pada aksi kedua peringkat Kumpulan B, jika memang ia akan memberikan laluan mudah untuk perlawanan berikutnya.
“Memang masih terlalu awal namun saya yakin Malaysia akan melangkah ke pentas akhir pada saingan kali ini,” tegasnya.








De Paula bg main last minute ok laa..
Ank jati Malaysia pun dah power..
Bg kepercayaan & bimbingan pasti Harimau Malaya dihormati