Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Masih banyak perlu diperbaiki – Cheng Hoe


Oleh : SUBKHI SUDARJI

“KAMI akui sedikit bergelut pada awal permainan sebelum mula mendcapatkan rentak,” tegas pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe selepas skuad bimbingannya meraih tiga mata penuh menewaskan Kemboja 3-1 pada aksi pertama Kumpulan B, Piala AFF 2020.

Tegasnya, gembira dengan prestasi keseluruhan pasukan dan corak permainan yang ditunjukkan walaupun  pada awal permainan mereka bergelut untuk mendapatkan rentak dan perlawanan seperti yang dirancang.

“Saya fikir mereka menunjukkan permainan yang bagus dan kami memenangi perlawanan ini serta perlu meneruskan persediaan untuk perlawanan seterusnya.

“Kami ada dua hari untuk berehat dan paling penting, sebagai jurulatih saya mahu pemain kekal fokus.

“Permulaan yang baik buat pasukan, namun masih ada beberapa perkara perlu diperbaiki  dan sudah tentu kami perlu bersedia menghadapi perlawanan seterusnya menentang Laos,” ujarnya.

Malaysia akan menentang Laos pada Khamis sebelum berdepan juara bertahan, Vietnam (12 Disember 2021) dan menutup saingan kumpulan menentang Indonesia pada 19 Disember 2021.

Sejurus aksi membabitkan pertembungan Malaysia menentang Kemboja di Stadium Bishan itu, Vietnam turut memulakan saingan dengan positif selepas menang 2-0 mengatasi Laos.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading