Bola Sepak

Origi pastikan tiga mata buat Liverpool


JARINGAN pemain gantian Divock Origi pada masa kecederaan penghujung perlawanan memberikan Liverpool tiga mata penuh buat Liverpool mengatasi Wolves, 1-0 pada aksi sebentar tadi.

Origi yang masuk menggantikan ketua pasukan, Jordan Henderson membuktikan ketajaman penyudahan selepas mendapat hantaran dari rakan sepasukan, Mohamed Salah sebelum melakukan rembatan mengegarkan gawang pada minit ke-95.

Pada perlawanan yang didominasikan pelawat itu, beberapa peluang dimiliki penyerang Liverpool menerusi Diogo Jota dan Sadio Mane namun memecah kebuntuan sepanjang 90 minit perlawanan.

Tiga mata yang diraih memastikan Liverpool menerajui liga buat seketika selepas kekalahan Chelsea 2-3 ditangan West Ham United pada aksi yang berlangsung sebelum itu.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: