Hoki

KHM pertaruhkan pemain muda harungi Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia Wanita 2021


Najmi (tengah) pada siding media memperkenalkan barisan pemain negara.

KONFEDERASI Hoki Malaysia (KHM) mempertaruhan barisan pemain muda untuk méngalas cabaran di Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia Wanita, Donghae, Korea Selatan, 2021.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan KHM,  Datuk Najmi Razak berkata,  20 pemain yang telah dipilih dengan purata usia pemain yang mewakili Malaysia ialah lingkungan 22 tahun dengan dibarisi dua penjaga gol, tujuh pemain pertahanan, lima pemain di posisi tengah dan enam pemain di bahagian serangan.

Tegasnya, 12 daripada 20 pemain yang tersenarai merupakan pemain yang tidak pernah membuat sebarang penampilan antarabangsa dan kejohanan ini bakal menjadi kejohanan pertama buat mereka meraih “caps” bersama pasukan kebangsaan.

“Pasukan yang akan ke Donghae merupakan pasukan projek jangka masa panjang iaitu 2026 dan pasukan ini juga baru dibentuk. Selama dua tahun pasukan ini tidak mempunyai sebarang perlawanan termasuk perlawanan antarabangsa mahupun latihan diluar negara.

“Saya yakin dan percaya hanya Malaysia menghantar pasukan paling muda kerana pasukan-pasukan lain menghantar pasukan senior mereka ekoran ketika ini juga berlangsung Kejohanan Piala Dunia Remaja (Wanita).

“Perlawanan ini juga akan digunakan sebagai medan untuk memberikan pendedahan kepada barisan muda negara untuk mereka mendapatkan pengalaman beraksi di pentas antarabangsa juga menentang pasukan-pasukan terbaik di Asia,” jelas pada sidang media hari ini.

Kejohanan yang yang bakal berlangsung pada 5 hingga 12 Disember 2021 serta menggunakan format liga satu kumpulan itu menyaksikan pasukan negara akan bersaing bersama pasukan India, China, Korea, Jepun dan Thailand.

Pemain berpengalaman negara, Juliani Mohamad Din telah dilantik untuk menggalas tugas selaku kapten pasukan dan pengalaman yang dimiliki beliau bersama beberapa pemain senior yang lain pastinya ditagih untuk membantu serta membimbing pemain-pemain yang lebih muda.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: