Antarabangsa Bola Sepak

Detik tragis buat Juventus – Szczesny


 Aksi Szczesny ketika cuba menyelamatkan hantaran lintang pasukan lawan.

PENJAGA gawang Juventus, Wojciech Szczesny menyifatkan kekalahan 0-4 kepada Chelsea pada aksi Kumpulan H, Liga Juara-Juara adalah sesuatu yang tragis perlu dilaluinya dan rakan sepasukan.

Walaupun sudah mengesahkan kemaraan dikelompok 16 pasukan namun jika berjaya meraih satu mata, Juventus akan mengungguli peringkat kumpulan namun sebaliknya yang berlaku.

“Malangnya kali ini kami melihat perbezaan antara kedua-dua pasukan. Mereka adalah pasukan terbaik di Eropah, penyandang juara, dan kami tidak dapat menandingi mereka. Ia menyakitkan, sangat menyakitkan.

“Malam ini kami mempunyai prestasi yang buruk dan dihukum dengan empat gol, anda boleh kalah, tetapi saya sukar menerima kekalahan seperti ini,” kata Szczesny.

Ekoran kekalahan ini, Juventus jatuh ke tangga kedua dalam kedudukan Kumpulan H dengan 12 mata dan hanya dibezakan jaringan gol Chelsea yang turut mempunyai jumlah mata yang sama

Pada aksi di Stamford Bridge awal pagi tadi, empat gol  Trevoh Chalobah, Reece James, Callum Hudson-Odoi dan Timo Werner.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: