Bola Sepak

Neitzel tak pulang ke Jerman, dilantik berganding dengan Nidzam Jamil


Karsten Neitzel

BEBERAPA hari lalu Selangor FC mengumumkan pertukaran ketua jurulatih pasukan yang menyaksikan Michael Feichtenbeiner bakal mengemudi skuad utama musim depan.

Perubahan ini sesuatu yang dijangka oleh penyokong-penyokong Selangor FC selepas mengambil kira prestasi pasukan musim ini di bawah kendalian pengendali dari Jerman Karsten Neitzel. .

Malah rata-rata juga bersetuju dengan pertukaran posisi utama kelab Merah Kuning ini yang jelas kelihatan DNA Jerman yang digunakan Neitzel tidak nampak ‘bayang’ kelebihan atau lebih jelas sekali gagal diaduni dalam skuad utama ini.

Namun apa yang ‘menarik’, hari ini Selangor FC mengumumkan Neitzel masih lagi menjadi sebahagian watak penting dan barisan kejurulatihan skuad Selangor apabila dilantik menjadi penolong ketua jurulatih kepada Feichtenbeiner.

Turut bersama Neitzel sebagai penolong ketua jurulatih ialah Nidzam Jamil yang kembali ke kelab bagi musim 2022 akan datang.

Nidzam merupakan  bekas pemain Selangor dan berpengalaman sebagai ketua jurulatih Felda United FC.

“Neitzel akan kekal dan terus menjadi tonggak penting dalam barisan kejurulatihan untuk tahun 2022 sebagai Penolong Ketua Jurulatih Pasukan Utama.

“Pemahaman beliau tentang keberadaan pasukan dalam melaksanakan falsafah bola sepak dan gaya permainan yang diterapkan oleh Kelab, amat bernilai dalam meneruskan projek pembangunan dan membantu Ketua Jurulatih Pasukan Utama mencapai tahap yang lebih tinggi,” jelas kenyataan dipetik daripada laman sesawang Selangor FC.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d