Bola Sepak

KDA FC masih tunggu kata putus Aidil Sharin


KDA FC masih mengharapkan sentuhan magis Aidil Sharin untuk mengemudi pasukan tersebut mengharungi saingan musim 2022. KDA FC

Oleh: AMMAR HAZIQ

KHIDMAT Aidil Sharin Sahak terus ditagih oleh Kedah Darul Aman (KDA) FC bagi saingan musim 2022 selepas pasukan utara tersebut sudahpun menawarkan kontrak baharu kepada  pengendali dari Singapura itu.

Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali berkata, sentuhan Aidil Sharin masih diperlukan oleh Hijau Kuning memandangkan naib juara Liga Super 2021 itu  bakal berdepan saingan lebih sengit termasuk beraksi di pentas Piala AFC tahun hadapan.

“Kami sudahpun menyatakan hasrat mahu mengikat beliau bagi saingan musim 2022 musim depan dan kini kami hanya menunggu kata putus darinya sahaja.

“Khidmat beliau masih ditagih oleh KDA FC bagi meneruskan perjuangan pasukan ini kerana kami lihat saingan di kalangan pasukan yang bertanding dilihat semakin sengit,” katanya mengulas usaha pengurusan KDA FC yang mahu membuat persiapan secepat mungkin bagi persiapan musim 2022.

Menurut Khamal Idris, pihaknya berharap Aidil Sharin akan terus bersama Hijau Kuning bagi meneruskan kecemerlangan seperti yang dilakukannya pada tahun 2019,2020, dan 2021.

Pencapaian terbaik pengendali tersebut adalah membimbing Hijau Kuning meraih kejuaraan Piala FA 2019, naib juara Piala Malaysia 2020 dan meraih naib Juara Liga Super 2020 dan 2021.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading