Bola Sepak

Jualan tiket di Kuala Terengganu ‘laku keras’!


TERENGGANU FC memaklumkan jualan tiket atas talian bagi perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam esok telah habis dijual.

Menerusi kenyataan media kelab berkenaan, penjualan tiket atas talian separuh akhir pertama berjumlah 20,000 tempat duduk iaitu 50 peratus daripada kapasiti penuh stadium.
“Pihak Terengganu Football Club Sdn Bhd telah membuat pembahagian tiket sebanyak 19,500 kepada penyokong tuan rumah dan selebihnya kepada penyokong pelawat.
“Penjualan tiket yang dibuka secara atas talian pada 19 November 2021 (Jumaat) jam 3.00 petang telah habis dijual termasuk bagi bantuan kaunter tiket yang telah dibuka di beberapa tempat,” ujar kenyataan tersebut.
Pada masa sama, Terengganu FC Sdn Bhd mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyokong yang telah sentiasa memberi sokongan kepada pasukan.
” TFCSB juga ingin memohon maaf kepada semua penyokong yang tidak berjaya mendapatkan tiket perlawanan ini. Teruskan menyokong pasukan kesayangan kita semua,” jelasnya.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: