
PERAK dan Pahang bakal berentap di pentas akhir Kejohanan Hoki TNB Piala Tun Abdul Razak selepas kedua-dua pasukan ini menang ke atas lawan masing-masing pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil malam ini.
Pasukan Perak berjaya menumpaskan Terengganu 2-0 dalam aksi yang sengit.
Namun lebih menarik satu lagi aksi separuh akhir di antara Pahang dan Melaka yang terikat dengan keputusan seri 2-2 dalam aksi penuh perlawanan.

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi tidak mahu mengalah yang memaksa perlawanan ditentukan dengan ‘shoot-out’ sekaligus Pahang berjaya melangkah kaki ke pentas akhir dengan kemenangan 4-3.
Sementara itu bagi kategori wanita, pasukan Pahang menewaskan Pulau Pinang dengan jaringan tipis 1-0 menerusi Nuriza Sulaiman untuk mara ke final.
Menanti Pahang di saingan akhir adalah Kuala Lumpur berjaya menundukkan Melaka dengan jaringan tunggal Zafirah Aziz.





Add Comment