
PASUKAN hoki wanita Kuala Lumpur muncul juara kategori wanita saingan Piala Tun Abdul Razak 2021 selepas menewaskan juara bertahan, Pahang 1-0 dalam aksi final di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Ahad.
Gol kemenangan KL hadir menerusi jaringan oleh Nur Syaza Afiqah Safawi pada minit ke-53.
Kejayaan ini sekaligus menjadikan trofi kejuaraan kedua pasukan Kuala Lumpur dalam kejohanan ini selepas 2016.
Sementara itu, pasukan Pulau Pinang menamatkan saingan tempat ketiga selepas menewaskan Melaka 2-1 dalam aksi penentuan kedudukan.
Add Comment