Bola Sepak

Feichtenbeiner kemudi skuad utama Selangor FC musim depan


KELAB Bolasepak Selangor mengumumkan pelantikan Michael Feichtenbeiner sebagai Ketua Jurulatih pasukan utama untuk tahun 2022, di samping menyambung semula jawatannya sebagai Pengarah Sukan Kelab.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor Datuk Seri Shahril Mokhtar, kebolehan Feichtenbeiner dilihat ketika berkhidmat sebagai ketua jurulatih sementara musim lalu.

“Perlaksanaan dengan mengetengahkan pemain muda yang boleh bekerjasama dengan pemain senior, dan peralihan pantas di antara menyerang dan bertahan adalah selari dengan visi kami untuk melahirkan sebuah pasukan yang mampu menjuarai saingan di masa hadapan.

“Kami yakin dengan keputusan ini dengan di bawah pimpinan beliau, kita menuju ke arah yang lebih baik dalam mencapai kejayaan,” jelasnya dalam satu kenyataan di laman sesawang SelangorFC.

Sepanjang bergelar jurulatih, Feichtenbeiner merekodkan pelbagai porfolio dengan memulakan karier sebagai jurulatih remaja VfB Stuttgart sebelum menyertai kelab Switzerland BSC Old Boys Basel sebagai ketua jurulatih. Beliau bertugas sebahagian besar kejurulatihannya di Jerman, kerana beliau dilahirkan di Stuttgart, Jerman Barat.

Antara pencapaian signifikan Feichtenbeiner termasuklah dalam Piala DFB pada 2019-2020 dengan kelab Bundesliga 2 (liga bola sepak divisyen dua Jerman), Stuttgarter Kickers, dengan mengalahkan tiga kelab Bundesliga (Borrusia Dortmund, Arminia Bielefeld dan SC Freiburg) dalam perjalanan ke separuh akhir di mana mereka akhirnya disingkirkan oleh Werder Bremen selepas masa tambahan.

Juralatih Jerman itu juga pernah menjadi ketua jurulatih di Malaysia untuk MPPJ FC (kini dibubarkan) pada 2005-2006, menyelamatkan pasukan itu daripada tersingkir ke Liga Perdana Malaysia.

Feichtenbeiner kembali ke Jerman, apabila dia dilantik semula sebagai ketua jurulatih SC Pfullendorf pada 2006, walaupun mendahului kedudukan Liga Super Malaysia bersama MPPJ FC pada awal Ogos 2006.

Selain itu, Feichtenbeiner juga pernah melatih di Indonesia dengan Bintang Medan FC pada 2010-2011.

Selepas itu, dia bertugas untuk Persekutuan Jerman (DFB) dari 2015 hingga 2019 sebagai ketua jurulatih B-15 hingga B-17 pasukan bola sepak kebangsaan. Feichtenbeiner khususnya bekerja mengikuti dan membimbing kumpulan umur pemain yang dilahirkan pada tahun 2002.

Pada Disember 2019, Feichtenbeiner kembali ke Malaysia dengan Selangor FC sebagai Pengarah Sukan dan juga bertanggungjawab untuk melatih feeder team, Selangor FC 2.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: