Bola Sepak

Aidil Shahrin akan pulang ke Singapura


Aidil Shahrin Ishak

SELEPAS skuad Kedah Darul Aman FC (KDA FC) gagal layak ke peringkat separuh akhir TM Piala Malaysia 2021, nasib pengendali Aidil Shahrin Sahak kini menjadi tanda tanya.

Kedah tewas kepada JDT 1-0 dalam pertemuan di Stadium Sultan Ibrahim hasil jaringan Arif Aiman Hanapi dalam perlawanan yang menyaksikan Kedah langsung tidak melakukan percubaan tepat ke arah gol lawan.

Ketika menjawab soalan wartawan dalam sidang media selepas perlawanan suku akhir menentang JDT, Aidil Shahrin memberitahu dia akan pulang ke Singapura untuk bercuti kerana sudah hampir setahun tidak pulang menemui keluarga.

Dengan masalah gaji dan pengurusan yang dilihat sedikit bermasalah, adakah Aidil Shahrin akan kekal mengemudi KDA FC musim hadapan. Adakah dia akan pulang terus ke Singapura dan tidak menyambung kontraknya bersama Kedah.

Mengikut rekod, Aidil Shahrin berpindah ke Kedah dari Home United pada 2018 dan berjaya membawa Lang Merah ini dua kali ke Bukit Jalil apabila menjuarai Piala FA dan muncul naib juara Piala Malaysia 2019.

Aidil yang mempunyai rekod baik di Piala AFC bersama kelab Singapura, Home United mungkin mahu melebarkan kerjaya di liga lain, manakala mentornya Robert Alberts kini menjadi ketua jurulatih pasukan Persib Bandung di Liga 1 Indonesia.

Adakah Aidil Shahrin akan kekal di Kedah? Adakah Indonesia kini jadi tumpuan beliau? Hanya dia dan pihak pengurusan KDA FC sahaja yang boleh mengesahkannya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: