Bola Sepak

Skuad B-22 ‘bebas awal’ dari kuarantin


SKUAD Bawah 22 tahun negara yang kini menjalani sambungan kuarantin dan seharusnya berakhir 14 November kini dibenarkan pulang hari ini.

Berdasarkan maklumat , keputusan memberikan pelepasan kuarantin awal ini dibenarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan bantuan dan kawalan  Polis Diraja Malaysia.

“Dimaklumkan bahawa KKM akan memberi pelepasan kuarantin kepada Pasukan B22 Kebangsaan pada 12 November 2021 (hari ini) jam 9.00 pagi,” jelas sumber berkenaan kepada CAKAPSUKAN.

Sebelum ini, skuad bawah 22 tahun negara yang sepatutnya kembali ke rumah masing-masing, Isnin lalu tidak kesampaian memandangkan mereka terpaksa menyambung tempoh kuarantin ekoran seorang pegawai disahkan positif Covid-19 dan disambung sehingga 14 November ini (Isnin).

Pasukan negara serta barisan jurulatih dan pegawai tiba di ibu negara dari Ulaanbaatar, Mongolia Rabu minggu lalu selepas transit di Incheon, Korea Selatan menjalani kuarantin wajib selama lima hari yang sepatutnya 8 November lalu.

Skuad negara kembali ke tanah air dengan membawa berita gembira menjuarai saingan Kumpulan J Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) dengan rekod cemerlang tanpa kalah dan bolos sekaligus layak ke aksi akhir Piala Asia B-23 Tahun di Uzbekistan pada Jun 2022.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: