PENGENDALI Terengganu FC, Nafuzi Zain mengakui bukan mudah buat anak buahnya mencari gol kerana lawan tampil dengan taktikal berbeza .
Tegasnya, pemainnya terpaksa mengerah kudrat untuk memburu jaringan sebelum berjaya dengan kemenangan besar.
“Saya sudah jangkakan situasi itu, lebih-lebih lagi sebelum perlawanan saya turut meramalkan Perak akan bermain dengan corak bertahan tambahan pula mereka menurunkan pemain yang lebih berpengalaman berbanding aksi sebelum ini.

“Jadi saya minta pemain melakukan serangan awal bermula wisel pertama ditiupkan apatah lagi beraksi di depan penyokong sendiri, Alhamdulillah perancangan kita menjadi selepas tiga gol terhasil pada babak pertama,” katanya.
Tambahnya lagi, walaupun pasukannya sudah menempah slot ke peringkat suku akhir lebih awal, beliau mahukan baki dua perlawanan lagi berakhir dengan kemenangan.
“Kita sudah layak ke suku akhir jadi sasaran kita sudah pasti untuk layak ke separuh akhir pula sebelum mengintai peluang ke final, saya mahukan enam mata lagi untuk meneruskan rentak kemenangan selain menduduki tempat teratas kumpulan,” katanya.
Add Comment