Bola Sepak

Aidil Shahrin berhati-hati dengan kelebihan Kelantan United


PENGENDALI Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Aidil Shahrin Ishak menaruh keyakinan terhadap pemain-pemainnya menjelang aksi bertemu Kelantan United esok (Sabtu).

Jurulatih kelahiran Singapura berusia 44 tahun itu mahu skuadnya mengutip mata maksimum dalam dua baki dua perlawanan bagi saingan Kumpulan C Piala Malaysia 2021 bertemu Kelantan United dan juga Melaka United (9 Nov).

“Sasaran kita untuk dapatkan maksimum mata untuk dapat kedudukan teratas. Saya yakin pemain-pemain akan berusaha dapatkan tiga mata menjelang bertemu Kelantan nanti (esok).

Aidil Shahrin Ishak

“Yang penting kita kena fokus Kelantan United kerana mereka mempunyai pemain-pemain muda yang laju dan boleh beri tekanan.

“Kita tahu apa yang Kelantan tak ada, kita banyakkan fokus di bahagian itu dan tahu bagaimana untuk menembusinya barisan belakang.

“Kita juga banyakkan bahagian pertahanan dan InsyaAllah semua pemain setakat ini sudah bersedia dan akan ‘transfer’ dalam permainan nanti,” jelasnya.

KDA FC kini menduduki tangga kedua kumpulan dengan enam mata selepas tiga perlawanan, manakala Melaka United menguasai kedudukan selepas mengumpul 10 mata dengan empat perlawanan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: