Bola Sepak

“Pemain tunjuk aksi mantap dan profesional” – Maloney


Pasukan negara meraikan kejayaan mara ke final Piala Asia B-23 2022. Foto: FAM

KETUA jurulatih Bawah 22 Tahun kebangsaan Brad Maloney meluahkan rasa bangga dengan pemain-pemainnya selepas berjaya mara ke final Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) tahun depan.

Dengan rekod tanpa kalah sepanjang aksi Kumpulan J ini, skuad muda negara menamatkan saingan bergelar juara kumpulan malah langsung tidak dibolosi gol lawan ketika perlawanan di Ulaanbaatar, Mongolia.

“Pencapaian menakjubkan daripada para pemain. Saya mempunyai kepercayaan luar biasa terhadap pasukan ini.

“Mereka beraksi dengan mantap dan profesional sepanjang perlawanan berlangsung.

“Kami tidak dibolosi walaupun satu gol dalam kesemua perlawanan dan sama juga hari ini (bertemu Thailand),” ujarnya kepada media menerusi rakaman selepas perlawanan terakhir kumpulan yang menyaksikan keputusan seri tanpa jaringan.

Dalam pada itu, Maloney turut berterima kasih kepada Persekutuan Bola Sepak Mongolia (MFF) yang menjadi tuan rumah biarpun berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19.

Ia menyaksikan Malaysia berada di pentas Piala Asia B-23 buat kali kedua selepas 2018 di China.

Sebanyak 16 pasukan akan berentap pada aski akhir bermula 1-19 Jun 2022 di Uzbekistan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: