Bola Sepak

MUFC sedia teruskan momentum kemenangan


DUA perlawanan persahabatan menentang Skuad Projek FAM-MSN dan Kuching City FC dalam tempoh rehat liga dianggap mencukupi buat pasukan untuk kembali memperagakan aksi menyakinkan dalam saingan Kumpulan C, Piala Malaysia.

Menanti kunjungan Kelantan United FC dilaman sendiri malam ini, pemain Pemain sayap kanan Melaka United FC,  S. Kumaahran tidak rela rekod cemerlang dalam dalam usaha merintis laluan lebih awal ke peringkat suku akhir tercalar.

“ Saya rasa dua perlawanan yang kita lalui tempoh hari sudah cukup buat kami mengekalkan tahap kecergasan sepanjang tempoh satu bulan ini.

  S. Kumaahran  (kanan) mempamerkan aksi konsisten ketika membantu MUFC mengatasi Kedah , 3-1 pada perlawanan terakhir sebelum ini.

“ Kami semua mendapat rehat yang mencukupi setelah melalui Liga Super serta TM Piala Malaysia dan semua pemain sudah bersedia bagi mengharungi baki saingan musim ini, ” katanya.

Dalam perkembangan sama,   S. Kumaahran mengharapkan melalui sokongan padu yang bakal diterima dari penyokong Melaka United, sebagai suntikan untuk mereka mampu meraih tiga mata.

“Bermain di laman sendiri dan penyokong-penyokong akan datang buat pertama kali, saya harap situasi itu akan berikan motivasi kepada semua pemain untuk peraga aksi lebih baik, ” katanya.

Melaka United sebelum ini berjaya menjinakkan Negeri Sembilan 2-0 dan mengejutkan Kedah Darul Aman FC, 3-1 bagi menjadi pendahulu Kumpulan C.

Pertemuan Melaka United dan Kelantan United malam ini menjadi aksi tunggal di Kumpulan C, selepas Negeri Sembilan membuat keputusan menarik diri dari saingan Piala Malaysia ekoran 4 pegawai dan 20 pemain pasukan itu dijangkiti COVID-19.

Bagi saingan Kumpulan D, Sabah FC bakal melayani kunjungan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Likas, Kota Kinabalu selain Petaling Jaya City (PJ City) FC bertemu Kelantan FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading