Bola Sepak

‘Kaki bola’ teruja tiba di Stadium MPPJ… penyokong Penang FC terkejut harga tiket RM120


AKSI ketiga Piala Malaysia kembali bersambung malam ini dengan suasana yang berbeza memandangkan penyokong-penyokong sudah boleh mula masuk ke stadium mengikut Operasi Prosedur Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Rata-rata penyokong yang hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan Petaling Jaya City bertemu Kelantan FC kelihatan tenang dan mengikut peraturan yang ditetapkan, malah anggota keselamatan juga turut ditempatkan bagi memantau kehadiran penonton.

Salah seorang penyokong Kelantan FC, Ahmad Amin yang tiba di Stadium MPPJ, memberitahu dia agak gembira kerana kini semua penyokong dibenarkan masuk ke stadium.

“Saya tahu last minute boleh masuk stadium. Semangat untuk menyokong pasukan masih ada walaupun mereka tidak kuat seperti dulu.

“Selain itu, saya datang ke sini juga untuk merasai suasana berada dalam stadium dan berjumpa dengan kawan-kawan,” jelasnya ketika ditemui Cakap Sukan.

Namun lain pula yang dirasai segelintir penyokong Ultras Panters yang bersemangat untuk kembali ke stadium menyaksikan Penang FC bertemu Sri Pahang FC, 3 November ini  sebaliknya dikejutkan apabila melihat salah satu harga tiket yang disediakan.

 

Pada Jumaat, Penang FC mengumumkan jualan tiket secara atas talian bermula hari ini bagi perlawanan Rabu depan di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Tiket Grandstand Berbumbung dianggap agak mahal dengan harga RM120 dan terus menjadi persoalan mengenai ‘kelebihan’  tempat duduk di situ.

Pun begitu,  penyokong-penyokong Harimau Kumbang tidak perlu bimbang memandangkan tiket berharga ‘standard’ RM30 dan RM20 turut dijual bagi tempat duduk Grandstand Terbuka dan Teres Terbuka.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: