EPL

Zidane tak minat ganti Solskjaer di Manchester United


Masa depan Solskjaer di Old Trafford terus menjadi bualan.

MASA depan Ole Gunnar Solskjaer di Manchester United terus menjadi perbualan peminat Liga Perdana Inggeris.

Spekulasi Solskjaer bakal dipecat menjadi topik hangat selepas skuad kendaliannya itu tewas 0-5 kepada Liverpool Ahad lalu.

Susulan daripada itu, beberapa nama disebut-sebut bagi menggantikan Solskjaer di Old Trafford sekiranya dipecat dan salah seorangnya adalah  Zinedine Zidane.

Bagaimana pun, menurut laporan EPSN, bekas legenda Real Madrid itu tidak berminat untuk menjadi pengurus di Manchester United.

Jurulatih yang berusia 49 tahun itu masih lagi ‘berehat’ sejak Mei lalu selepas menamatkan musim indah bersama Real Madrid.

Zidane memberitahu, dia tidak terdesak untuk bekerja dan menunggu peluang yang tepat untuk dirinya.

Zidane dilaporkan tidak berminat ke Manchester United.

Dia antara nama yang menjadi pilihan berada dalam senarai pendek United selepas merekodkan kejayaan sepanjang berada di Bernabeu.

Sepanjang berada di Madrid, Zidane berjaya membawa pasukan merangkul tiga trofi Liga Juara-Juara, dua kejuaraan La Liga dan dua trofi Kelab Piala Dunia.

Manakala sebagai pemain sebelum ini, dia antara watak penting bersama skuad Perancis dengan menjulang trofi Piala Dunia 1998 malah Zidane juga menjadi calon pilihan untuk menggantikan Didier Deschamps sebagai pengurus pasukan antarabangsa itu.

Selain Zidane, turut menjadi pilihan ialah Antonio Conte, Brendan Rodgers dan Erik ten Hag.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: