EPL

Kecederaan Keita tidak serius – Pep Ljinders


 

Keita terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan akibat pertembungan dengan Pogba.

KEM Liverpool menerima berita gembira selepas pemain tengahnya, Naby Keita tidak mengalami kecederaan serius selepas dikasari Paul Pogba pada aksi hujung minggu lalu.

Penolong Pengurus Liverpool,  Pep Ljinders mendedahkan pasukan kini tetap memantau kecederaan pemain tengahnya.

“Ia adalah perlanggaran yang teruk, tetapi nasib baik kaki Naby tidak disentuh ketika itu. Ia hanya lebam, tetapi ia boleh menjadi lebih teruk jika kakinya memijak

“Kami akan memantaunya dari hari ke hari. Walaupun ia hanya lebam, ia masih sangat menyakitkan,” ,” katanya kepada talkSPORT.

Ketika ini Liverpool dilanda kecederaan khususnya dibahagian tengah apabila Thiago Alcantara, Fabinho dan James Milner kini berada dalam senarai rawatan pemulihan ekoran kecederaan dialami mereka.

Naby Keita cedera ketika Liverpool menewaskan Manchester United 5-0 di Old Trafford  selepas  menerima terjahan dua kaki daripada Pogba, yang mengakibatkan kad merah untuk pemain tengah United itu.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d