EPL

Conte tidak sesuai di Old Trafford – Gary Neville


Gary Neville (kiri) melihat tiada keperluan membawa masuk Conte menggantikan Solskjaer.

BEKAS pemain Manchester United, Gary Neville terus memberi sokongan buat Ole Gunnar Solskjaer selaku pengendali apabila menyifatkan tiada keperluan untuk membawa masuk Antonio Conte selaku jurulatih baharu.

Tegasnya, dia telah melihat beberapa jurulatih dibawa masuk antaranya Louis van Gaal namun tidak berjaya di Old Trafford.

“Saya mungkin salah, mereka mungkin membawanya ke sini esok dan saya akan menyokongnya.

“Kami telah melihat jurulatih dengan gaya tertentu seperti Louis van Gaal tidak berjaya di sini. Saya tidak mengatakan tiada pengurus boleh datang ke Manchester United dan melakukannya dengan baik.

“Conte tersedia, tetapi saya tidak akan membawanya ke Manchester United. Saya tidak akan membawanya ke sini sekarang, saya tidak fikir Conte sesuai untuk Manchester United,” jelasnya.

Antonio Conte diramal akan menjadi pengganti Ole Gunnar Solskjaer di Manchester United selepas dimalukan Liverpool dengan kekalahan 0-5 dan ia menguatkan desakan supaya Solskjaer dipecat semakin kuat.

Nama Conte kembali menyerlah terutama jurulatih Itali yang berjaya di England dengan membawa Chelsea menjadi juara ketika keadaan The Blues yang tidak menentu.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading