Oleh: JJFIRDAUS
LIMA gol berjaya diledak barisan Liverpool sekaligus menyaksikan kekalahan memalukan buat Manchester United di laman sendiri.
Berikut adalah lima perkara menarik kemenangan Liverpool ke atas Manchester United pilihan pada aksi yang penuh dramatik ini.
1. Gol Naby Keita pada minit ke-5 adalah gol di tempat lawan terpantas yang pernah dijaringkan oleh Liverpool.
2. Mohammad Salah muncul pemain kedua mencatatkan hattrick di Old Trafford dan juga kini menjaringkan lebih banyak gol di Old Trafford berbanding Cristiano Ronaldo dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.

3. Kekalahan 0-5 kepada itu adalah kekalahan terbesar Manchester United kepada Liverpool di Old Trafford sejak tewas 1-4 pada 2009.
4. Jurgen Klopp mendapat kemenangan ke-200 sebagai pengurus dan menjadi pengurus Liverpool pertama yang berjaya mengekalkan rekod 7 perlawanan liga tanpa kalah bertemu Manchester United.

5. Paul Pogba adalah pemain gantian ketiga yang dibuang padang dalam pertemuan antara Manchester United dan Liverpool selepas Luke Chadwick pada Disember 2000 dan Steven Gerrard pada Mac 2015.
Add Comment