EPL

Detik paling hitam yang perlu dilalui – Solskjaer


Solskjaer menyifatkan kekalahan ini adalah terburuk baginya selaku pengendali.

PENGENDALI Manchester United,  Ole Gunnar Solskjaer menyifatkan kekalahan 0-5 adalah detik paling hitam yang perlu ditempuhinya selepas kekalahan 0-5 ditangan Liverpool malam tadi.

Bagi pelawat ini  adalah kemenangan paling besar Liverpool ke atas United sejak tahun 1925 dan meletakkan mereka tujuh mata di depan skuad kendalian Solskjaer dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris (EPL)

Tegas Solskjaer, ia bukan sesuatu perkara yang mudah untuk diperkatakan sepanjang membimbing Man United.

“Bukan mudah untuk berkata sesuatu selain hari paling hitam sepanjang saya membimbing pemain-pemain ini. Anda boleh lihat ketika kami tewas 6-1 kepada Spurs musim lalu, tetapi ini lebih buruk buat saya sebagai pengendali Manchester,” kata Solskjaer.

Sementara itu pengendali Liverpool Jurgen Klopp menyifatkan kemenangan besar ke atas Man United itu dapat memadamkan beberapa siri kekalahan yang tidak sepatutnya mereka alami.

“5-0, saya amat gembira, ia luar biasa. Cukup menakjubkan. Saya mempunyai beberapa kekalahan dalam fikiran yang tidak sepatutnya berlaku tetapi kami menang hari ini dan ia perlu diraikan.

“Keputusan ini tidak masuk akal, saya tanya jika ia pernah berlaku dalam sejarah dan jika tiada, ia akan bertahan agak lama.

“Pemain-pemain memberi persembahan hebat. Ia amat istimewa tetapi kami tidak akan meraikannya dengan melampau,” tegasnya.

Liverpool di tangga kedua hanya satu mata di belakang Chelsea dalam pemburuan kejuaraan – impian yang tampak semakin tercicir daripada genggaman Solskjaer selepas kekalahan berkenaan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: