EPL

Bekas pemain Man United dirompak


Herrera dirompak ketika berhenti dipersimpangan lampu siyarat selepas pulang dari menghadiri acara berkaitan kelab di Parc des Princes.

BEKAS pemain Manchester United yang kini menyertai tengah Paris Saint-Germain, Ander Herrera ditimpa malang apabila dirompak oleh seorang transgender ketika berada di persimpangan lampu isyarat di Bois de Boulogne.

Kejadian dikatakan berlaku ketika pemain memandu di kawasan berkenaan yang terkenal dengan pelacuran atau zon merah kota Paris.

Herrera yang juga bekas pemain Manchester United, memberhentikan keretanya kerana lampu merah dipersimpangan berkenaan dan tiba-tiba, seorang transgender menghampiri dan segera merompak barang berharga di dalam keretanya iaitu dompet dan telefon bimbitnya.

Tiada kecederaan dilaporkan menimpa pemain itu ketika itu yang baru selepas menghadiri acara berkaitan kelab di Parc des Princes dan dalam perjalanan pulang.

Sehingga kini, polis Paris masih menyiasat kes rompakan Ander Herrera.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: