Permotoran

Verstappen terpantas sesi kelayakan di Litar COTA


Max Verstappen. Foto: F1

PENDAHULU kejuaraan pemandu, Max Verstappen mencatat masa terpantas sekaligus merampas petak pertama dalam sesi kelayakan Grand Prix Amerika Syarikat di Litar COTA, Austin.

Max mencatat masa 1 minit 32.910 saat untuk bermula di petak pertama manakala pencabar utama, Lewis Hamilton di petak kedua ketinggalan 0.209 saat manakala rakan sepasukan Red Bull, Sergio Perez mengisi petak ketiga.

Dalam aksi kelayakan yang cukup mendebarkan itu Max Verstappen nyata gembira dengan kedudukan petak utama ini dan berharap dapat mengekalkan kedudukan pendahulu ketika perlumbaan esok.

“Ianya sangat mengujakan di luar sana! P1 dan P3 untuk pasukan adalah prestasi yang unggul. Saya berharap agar dapat melakukan permulaan yang baik esok untuk keputusan yang sebaik mungkin” kata Verstappen sejurus tamat sesi kelayakan.

Manakala bagi Lewis Hamilton pula, beliau sudah melakukan masa sepusingan terbaik tetapi terpaksa akur bahawa jentera Red Bull lebih pantas dan esok bakal menjadi penentu.

“Saya sudah memberikan segalanya. Red Bull terlalu pantas, dan saya gembira dengan pusingan terakhir saya kerana itu adalah apa yang saya ada dari jentera saya,” kata Hamilton kepada media.

Empat pelumba dikenakan penalti grid permulaan iaitu pemandu Alpine, Fernando Alonso, pemandu Aston Martin, Sebastian Vettel, pemandu Williams, George Russell dan rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas kerana membuat pertukaran komponen enjin.

Siapakah yang bakal mendahului perlumbaan selepas selekoh pertama awal pagi esok. Sama-sama kita saksikan aksi Grand Prix Amerika Syarikat yang pastinya menarik dan mendebarkan.

Kedudukan Grid Permulaan Grand Prix Amerika Syarikat:

1. Max Verstappen – Red Bull
2. Lewis Hamilton – Mercedes
3. Sergio Perez – Red Bull
4. Charles Leclerc – Ferrari
5. Carlos Sainz – Ferrari
6. Daniel Ricciardo – McLaren
7. Lando Norris – McLaren
8. Pierre Gasly – Alpha Tauri
9. Valtteri Bottas – Mercedes*
10. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri
11. Esteban Ocon – Alpine
12. Antonio Giovinazzi – Alfa Romeo
13. Lance Stroll – Aston Martin
14. Nicolas Latifi – Williams
15. Kimi Raikkonen – Alfa Romeo
16. Mick Schumacher – Haas
17. Nikita Mazepin – Haas
18. Sebastian Vettel – Aston Martin*
19. Fernando Alonso – Alpine*
20. George Russell – Williams*

* Penalti Grid Permulaan


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: